As from today I have decided that I shall carry on writing this bloG under anonymity. I feel somewhat safe and secure to be anonymous right now. Not that I am afraid of revealing my true identity .. it's just that I want to feel free to express myself. More importantly I would be most comfortable to share my experience with the World. .. without fear or favour. .. without suspicion or motive.
As for those of you out there who already know me.. it's okay. You are never a threat my friend, but I do regard you all as my brothers in arms; whom I hold close to my heart and always in my prayers. I hope you get what I mean.
----
Kata saya... kalau kita tahu seseorang itu sedang sakit dari segi kesihatan senang sekali untuk kita berjumpa atau menziarahi mereka. Boleh bawa buah tangan atau bunga dan sebagainya. Boleh berborak pasal jumpa doktor mana, hospital mana... dah cuba ke ubat tradisional itu dan ini dan macam-macam lagi.
Tapi bagi orang-orang yang sedang 'sakit' dari segi kewangan atau dalam kata lain yang baru sahaja tergolek; bak pepatah 'sudah jatuh ditimpa tangga', orang-orang ini bukan senang untuk didekati. Nak tanya khabar pun susah jugak. Apa yang nak ditanya atau apa yang nak dibualkan amatlah sukar bagi mereka yang mengenali orang-orang ini. Tapi yang paling susah sekali kalau sesekali berjenaka mungkin ianya memberi tanggapan yang salah kepada yang lain. Happy je takde pun susah..nampak riang gembira je.
Oleh itu untuk tidak menyusahkan orang lain, BUAT SEMENTARA WAKTU INI saya telah memilih untuk menjalankan kehidupan ini secara amat 'low-profile'. Bukanlah lari dari orang tapi sebenarnya ingin mengambil masa untuk memperbaiki diri ini disamping mendampingi isteri tercinta dan keluarga tersayang demi membalas pengorbanan mereka yang selama ini teguh berdiri menyokong dan menyayangi diri ini tanpa berbelah bahagi semasa diri ini jauh 'berlayar'.
Kalau ikut standard biasa sebenarnya atau sepatutnya dah lama dah kena 'humban' kerana membuat kesalahan-kesalahan yang bodoh dan bangang semata-mata kerana percaya dengan orang. Mungkin di lain masa perkara ini akan saya kupas; iaitu kenapa bodoh dan bangang sangat mempertaruhkan maruah, integriti dan masa depan diri sendiri dan keluarga kerana percaya sangat dengan kata-kata orang.
Ok buat masa ini saya akan terus menulis di sini untuk meluahkan rasa dan perasaan. Bukanlah nak complain tapi buat pengajaran kepada diri sendiri, anak-anak, cucu cicit dan mungkin juga rakan-rakan yang lain.
ALHAMDULILLAH sekarang saya masih lagi mempunyai kerja untuk mengisi kelapangan dan menampung hal ehwal semasa. Masih juga menjalankan tugas sebagai seorang profesional tapi tidaklah seperti dulu. Adalah sikit-sikit.
Itulah kuasa ALLAH yang maha Esa. DIA lah yang memberi kehidupan dan di atas kehendak DIA juga kita boleh mati..pada bila-bila masa. Saya berdiri teguh dengan keyakinan saya kepada agama dan Tuhan saya. Dengan izinNya saya kembali meniti kehidupan ini sedikit demi sedikit hari demi hari.Tapi masih lagi seperti kata saya dalam posting saya sebelum ini iaitu .. ON DAY TO DAY BASIS.
----
Okay, I'll try to be creative and explorative on all issues. But most of all I will try to relate more of myself here, what has hapenned, what I'm doing, where I am, who I'm with etc. etc.
Until next time.
13 October 2007
KL Sentral, Kuala Lumpur.
Tuesday, November 13, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment